
31 Mei 2021 : PEMASANGAN FORMWORK UNTUK PUMP ROOM DI ATAS ROOF SLAB SEDANG DILAKSANAKAN
May 31, 2021
PELANCARAN DANA FASA 2 PASARAYA WAKAF UMMAH
October 5, 2021Siang tadi berlangsung Pelancaran Dana Fasa 2 Pasaraya Wakaf Ummah Dungun, Terengganu.
Pelancaran disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS merangkap Menteri Alam Sekitar dan Air, dan disaksikan oleh YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Pengerusi Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat.
Turut hadir YB Ust Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan merangkap Ketua Lajnah Ekonomi PAS Terengganu), YB ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (Exco Sukan, Belia dan NGO), YB Cg Wan Hapandi Wan Nik (ADUN Sura), YB Cg Alias Harun (ADUN Kuala Abang), YB Ir. Saiful Azmi Suhaili (Adun Kemasik) dan Saudara Ir. Muhtar Suhaili (Timbalan Pengerusi LEHPU PAS Pusat).
Projek besar dibawah kelolaan Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat ini kini sudah mencapai 41% siap dengan sumbangan wakaf yang sudah berjaya dikutip mencecah RM3.4 Juta.
Bagi pembinaan fasa ini, RM1.4 juta diperlukan segera bagi membina rangka bumbung utama pasaraya ini.
.
Melalui dana wakaf ini, orang ramai boleh berwakaf di www.wakafummah.com atau terus ke akaun Maybank Dana Sanabil (5640 2540 4697).
Ayuh sama-sama menyumbang. Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Ust Amin (SUK Lehpu) di talian 01120507700.