
LAPORAN KEMAJUAN PASARAYA WAKAF UMMAH
November 29, 2020
LAPORAN KEMAJUAN PEMBINAAN PASARAYA WAKAF UMMAH JANUARI 2021
January 10, 20217 Disember 2020 – Pasaraya Wakaf Ummah kini memasuki fasa membina dinding dan tiang tingkat atas untuk menyiapkan keseluruhan struktur bangunan Pasaraya Wakaf ini.
Bangunan yang Terletak di Kuala Dungun, Terengganu ini merupakan langkah pertama serta impian besar jemaah membina rangkaian Pasaraya Wakaf Ummah di seluruh negara.
Dengan kos keseluruhan adalah sebanyak RM 12 juta. Ia kini hampir 50% berjaya disiapkan. Selepas siap ia bakal memberikan peluang pekerjaan kepada hampir 100 orang penduduk setempat sekaligus memberikan pilihan barang halal Muslim kepada 100,000 penduduk di Daerah Dungun.
Bayangkan setiap sumbangan Wakaf Tuan Puan ini bakal dimanfaatkan serta memberikan kemudahan kepada ribuan penduduk di sekeliling.
Tidakkah Tuan Puan pernah mendengar Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ” “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain.
Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya.
Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No.2442, 6901, Muslim, No.2580).
Rebutlah peluang yang masih berbaki ini untuk sama-sama menyumbang bagi menyiapkan projek ekonomi Ummah ini.
Setiap sebutir pasir yang digunakan untuk membina pasaraya ini, ada sahamnya buat para penyumbang di dunia dan akhirat.
Semoga Allah merahmati dan memberkati Tuan Puan yang telah dan akan menyumbang.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke Akaun Maybank Parti Islam Se-Malaysia PAS Dana Sanabil 564025404697 atau layari www.wakafummah.com untuk berwakaf secara online.
Hubungi Pasaraya Wakaf 01110781233 atau Ust Amin 01120507700 untuk maklumat lanjut.