Soalan Lazim (FAQs) - WAKAF UMMAH

SOALAN LAZIM (FAQs)

MENGENAI PASARAYA WAKAF PAS
1Adakah pasaraya ini mendapat kelulusan oleh PAS Pusat?
Ya
2Kenapa dibina di Dungun, tidak di Selangor atau KL?
Projek ini sudah mendapat segala kelulusan yang diperlukan dan boleh dilaksanakan dengan segera. Kelulusan pasaraya adalah amat sukar didapati.
3Siapa yang membina pasaraya ini?
Anzi Development Sdn Bhd dengan kerjasama Major Success Development Sdn Bhd, dua buah syarikat yang berpengalaman dalam bidang hartanah.
4Kegagalan KOHILAL masih terasa, kenapa PAS masih mahu buat projek sebesar ini?
KOHILAL adalah sesuatu yang perlu diambil iktibar dan tidak boleh diulangi lagi, tetapi usaha mengukuhkan ekonomi ummah tetap perlu berjalan, kegagalan bukan beerti tidak mampu buat selama-lamanya.
5Dungun bandar yang mati, kenapa bina di tempat begitu?
Dungun adalah bandar ketiga terbesar di Terengganu, dan berdekatan dengan Pusat Gas Petronas di Kerteh dan berdekatan dengan Hospital Dungun yang bakal menjadi hospital kedua terpenting di Terengganu serta menempatkan 3 kolej, Universiti Teknologi MARA, Politeknik dan UiTM.
6Sudahkah projek wakaf pasaraya pas ini mendapat kelulusan pihak berkuasa?
Ya, kelulusan Kebenaran Merancang, kelulusan pelan bangunan oleh Majlis Daerah Dungun dan kelulusan penubuhan pasaraya oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah diperolehi.
7Bilakah projek ini akan dibina dan bila akan beroperasi?
Projek ini dijangka dibina pada awal 2018 dan siap pada pertengahan 2019.
8Apa akan jadi jika dana yang dikutip tidak mencukupi, apa akan jadi dengan pelaburan ahli?
Pemaju yang membinanya akan menyiapkan projek ini terlebih dahulu dan projek ini akan tetap disiapkan.
9Apa keuntungan kepada PAS selain memiliki aset dan mendapat sewa?
PAS dapat menggunakan hasil sewa untuk terus mengembangkan aset baru seperti membina kedai-kedai, markaz, hospital, klinik, surau yang sekaligus akan memberi dana yang berterusan untuk PAS terus meneruskan kerja Dakwah, Tarbiah, Politik dan Kebajikan.