
Update Terkini Pasaraya Wakaf Ummah (25 Jun 2019)
June 25, 2019
Update Terkini Pasaraya Wakaf Ummah (17 Julai 2019)
July 17, 2019RM227k WAKAF TUNAI DIPERLUKAN UNTUK JULAI 2019
27 Syawal 1440 ,1 Julai 2019 : Pasaraya Wakaf Ummah baru sahaja selesai bermesyuarat di Tapak Permbinaan bersama Arkitek, Jurutera dan Steel Structure Specialist membincangkan rekabentuk dan ubahsuai pada struktur bumbung Pasaraya Wakaf Ummah sedang berlangsung, ini bagi memastikan rangka utama bangunan menepati dengan pelan terakhir yang telah diluluskan.
Menurut pengurus projek, Ust Ahmad Asyraf, “Kali pertama kami telah mengkonkrit sebanyak 14 batang Ground Column, kali ke-2 sebanyak 24 batang manakala hari ini kali ke-3 sebanyak 26 batang, menjadikan jumlah Ground Column yang telah dikonkrit sebanyak 64 batang keseluruhannya.”
Kerja-Kerja merata dan memasukkan tanah ke dalam bangunan sedang dijalankan, bagi persiapan sebelum _hardcore_ dimasukkan.
Kos bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan pada bulan Jun 2019 adalah sebanyak RM175,705.37 manakala Wakaf Tunai diterima sebanyak RM123,468.51.
*PERINGKAT KETIGA PEMBINAAN (RANGKA BESI)*
Sehingga ke hari ini, 01 Julai 2019 kita telah berjaya menyiapkan konkrit kali ke lima dan terakhir untuk Ground Beam.
Peratusan kesiapan adalah seperti berikut :
1. Pad Footing 100%
2. Stump 100%
3. Ground Beam 100%
4. Ground Column 57%
5. Steel Structure 0%
Setelah RM 751,500 dibelanjakan, kini Pasaraya Wakaf Ummah sedang memasuki fasa pembinaan rangka utama bangunan setelah kerja asas tapak berjaya dilaksanakan.
Layari www.wakafummah.com untuk berwakaf secara online.
Wakaf boleh disalurkan terus ke Akaun Maybank Parti Islam Se-Malaysia PAS Dana Sanabil 564025404697.
Semoga Allah merahmati dan memberkati Tuan Puan sekeluarga dan memberikan kemenangan buat Islam InsyaAllah.
Hubungi Pasaraya Wakaf 01110781233 atau Ust Amin 01120507700 untuk maklumat lanjut.