
Update Terkini Pasaraya Wakaf Ummah (26 Mei 2019)
May 26, 2019
Update Terkini Pasaraya Wakaf Ummah (20 Jun 2019)
June 20, 2019UPDATE PASARAYA WAKAF UMMAH
12 JUN 2019, DUNGUN – Pasaraya Wakaf Ummah kini telah selesai mengkonkrit ‘Ground beam” untuk kali keempat dan kemajuan Ground Beam telah mencapai kesiapan sebanyak 60% daripada jumlah keseluruhan.
Sebanyak 14 batang “Ground Column” juga telah berjaya dikonkrit untuk kali pertama dan kerja-kerja memasang formwork serta besi untuk Ground Column yang lain sedang diteruskan.
Kerja-kerja tapak asas untuk “Pad footing” dan “Stump” telah disiapkan sepenuhnya pada bulan Ramadhan dan untuk kerja-kerja ini, sebanyak RM 403,321.63 telah dibelanjakan.
Bagi menyiapkan Ground Beam & Ground Column kita masih memerlukan Wakaf Tunai sebanyak RM 304,260.17. Setakat ini, kos keseluruhan yang telah dibelanjakan untuk menyiapkan 45% Ground Beam dan 25% Ground Column adalah sebanyak Rm117,104.78.
Untuk bulan Jun 2019, Wakaf Tunai yang diterima hanya berjumlah RM43,089.31 dan untuk bulan Jun ini kita masih memerlukan kos sebanyak RM74,015.47
Jom berwakaf sekarang. Wakaf Tunai amat diperlukan bagi menjayakan pembinaan Pasaraya Wakaf Ummah.
Wakaf boleh disalurkan terus ke akaun
Dana Sanabil
Parti Islam Semalaysia PAS,
Maybank Islamik
5640 2540 4697
Untuk maklumat lanjut, hubungi Pasaraya Wakaf Ummah 011-10781233 atau layari www.wakafummah.com
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1222375427970488&id=559464100928294