
RAYUAN WAKAF!! PROJEK HAMPIR TERTANGGUH!
November 27, 2019
TERKINI PASARAYA WAKAF UMMAH
January 13, 2020Assalammualaikum Para Pewakaf Budiman,
ALHAMDULILLAH. Progres pembinaan Pasaraya Wakaf UMMAH berjalan lancar sejak Mac 2019 sehingga Disember 2019 dengan kutipan sebanyak RM 1,389,792.26 telah diwakafkan hasil sumbangan semua lapisan masyarakat.
Namun TERKINI bermula Januari dan Febuari 2020 ini kami memerlukan DANA WAKAF selanjutnya untuk pembangunan pasaraya wakaf ummah sebanyak RM 360,000 bagi memastikan pembangunan pasaraya wakaf ummah tidak tergendala. Justeru itu, kami mencari 1000 orang penyumbang wakaf yang budiman untuk menyumbang RM30 sebulan selama 12 bulan dengan jumlah sebanyak RM360 seorang.
Sijil Wakaf Edisi Terhad akan diberikan kepada penyumbang wakaf yang berwakaf sebanyak RM 360 sebagai tanda penghargaan kami kepada anda
Justeru kami MERAYU SUMBANGAN dari anda para pewakaf yang budiman yang telah pun bersama kami semenjak dari awal bermulanya projek ini. Sijil Wakaf ini akan anda terima bermula bulan Mac 2020. Hanya 1000 sijil sahaja akan dikeluarkan untuk 1000 orang penyumbang wakaf bagi kempen wakaf tahunan pasaraya wakaf ummah.
Dengan Sokongan anda projek ini dapat direalisasikan.
Anda boleh membaca perkembangan projek wakaf pasaraya ni di laman web rasmi Lajnah Ekonomi Pas Pusat di alamat https://www.wakafummah.com
Ayuh, sekali lagi, kami MERAYU untuk sumbangan wakaf anda demi untuk menjayakan hasrat kita menampilkan model ekonomi islam yg sempurna yg kita cita-citakan.
Ayuh, bersama menyumbang untuk Ekonomi Umat Islam. Satu lot Wakaf Tahunan Pasaraya Wakaf Ummah hanya RM360 (ibaratnya anda berwakaf sebanyak RM30 sebulan selama 12 bulan). Jom menyumbang dalam wakaf komersial ini “liridhalLah”.
Bayangkan dengan nilai yang anda sumbangkan ini, Allah akan menggandakan sehingga 2100 ganjaran sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261:
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
Moga Allah memberikan ganjaran pahala yg berlipat kali ganda, memberikan keampunan dosa dan menunaikan segala hajat para pewakaf sekalian.
BERWAKAFLAH SEKARANG!
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK BERWAKAF SECARA ONLINE
https://wakafpasaraya.onpay.my/order/form/wakaftahunan
https://wakafpasaraya.onpay.my/order/form/wakaftahunan