Wakaf Tahunan - WAKAF UMMAH
KEMPEN WAKAF TAHUNAN

KEMPEN WAKAF TAHUNAN PASARAYA
WAKAF UMMAH UNTUK TAHUN 2020

advanced divider

Assalammualaikum Para Pewakaf Budiman,

Kini anda boleh berwakaf dengan mudah. Sijil Wakaf & Fridge Magnet Edisi Terhad akan diberikan kepada penyumbang wakaf yang berwakaf sebanyak RM 360 sebagai tanda penghargaan kami kepada anda.

Adakah sampai pahala wakaf kepada orang yang telah meninggal dunia?

InsyaAllah sampai pahalanya dan diterima oleh Allah SWT. Ini kerana, amal soleh atau wakaf yang dilakukan oleh orang yang masih hidup boleh dihadiahkan pahalanya kepada orang yang sudah meninggal dunia. Terdapat beberapa hadis yang meriwayatkan hal tersebut, diantaranya adalah hadis di bawah ini:

أَنَّ رجلًا قال للنبيِّ صلى الله عليه وسلم : إِنَّ أمِّي افْتُلِتَتْ نفسُها ، وأظنُّها لو تكلمَتْ تَصدَّقَتْ ، فهل لها أجرٌ إِنْ تَصدَّقَتْ عنها ؟ قال : نعم .

Diriwayatkan dari Saidatina Aishah r.a. menceritakan: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; ‘Sesungguhnya ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap (ketika hamper matinya) nescaya ia akan bersedekah (yakni menyuruh agar dikeluarkan sedekah dari hartanya). Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?’ Jawab baginda SAW: Ya”

(Riwayat Bukhari)

Sijil Penghargaan Wakaf Tahunan

Justeru kami MERAYU SUMBANGAN dari anda para pewakaf yang budiman yang telah pun bersama kami semenjak dari awal bermulanya projek ini. Sijil ini akan diposkan terus kepada anda. Hanya 1000 sijil sahaja akan dikeluarkan untuk 1000 orang penyumbang wakaf bagi kempen wakaf tahunan pasaraya wakaf ummah. Jika anda berwakaf untuk ibu bapa anda, jangan lupa untuk masukkan nama mereka di dalam ruang yang telah disediakan.

Ayuh, sekali lagi, kami MERAYU untuk sumbangan wakaf anda demi untuk menjayakan hasrat kita menampilkan model ekonomi islam yg sempurna yg kita cita-citakan.

Ayuh, bersama menyumbang untuk Ekonomi Umat Islam. Satu lot Wakaf Tahunan Pasaraya Wakaf Ummah hanya RM360 (ibaratnya anda berwakaf sebanyak RM30 sebulan selama 12 bulan). Jom menyumbang dalam wakaf komersial ini “liridhalLah”.

Bayangkan dengan nilai yang anda sumbangkan ini, Allah akan menggandakan sehingga 2100 ganjaran sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261:

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Moga Allah memberikan ganjaran pahala yg berlipat kali ganda, memberikan keampunan dosa dan menunaikan segala hajat para pewakaf sekalian.

Anda boleh membaca perkembangan projek wakaf pasaraya ni di laman web rasmi

WAKAF SEKARANG